Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lahad Datu, 30 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Fiqh Muamalat pada 28 hingga 30 Jun 2022 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd. Kursus ini disertai oleh 37 peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA dan Masyarakat Awam.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kefahaman asas fiqh, usul fiqh dan maqasid syariah, sumber-sumber hukum syariah, kepentingan maqasid syariah dalam bidang muamalat dan mengenal pasti peranan institusi perbankan Islam, koperasi, pasaran modal, dan konsep Ar-Rahnu.

Penjelasan dan perkongsian maklumat kursus disampaikan oleh tiga orang penceramah iaitu Ustaz Miftahul Ulum Imron, Guru Maahad Tahfiz Ar-Rahmah dan dan Ustazah Che Puteh binti Omar, Penceramah Bebas, Lahad Datu. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini selain membincangkan tentang muamalat juga melibatkan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang disampaikan oleh Ustazah Hamidah binti AB Razak, Penceramah Bebas, Lahad Datu.

Semoga kursus yang bermanfaat ini berjaya mencapai matlamat dalam memberi kemahiran kepada peserta berkenaan muamalat kontemporari serta melahirkan pegawai yang berilmu dan berkemahiran dalam tugasan.

Kursus Fiqh Muamalat 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1027-kursus-fiqh-muamalat-2