Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 6 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Prinsip Syariah Dalam Industri Halal pada 4 hingga 5 Julai 2022 bersamaan 4 hingga 5 Zulhijjah 1443 di Bilik al-Khawarizmi, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.

Objektif kursus ini ialah untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada peserta berkaitan ilmu syariah dan fekah yang menjadi asas perbincangan dalam industri halal. Seramai 33 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN.

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah mengupas slot-slot utama mengenai Maqasid Syariah dalam Industri Halal, Konsep Halalan Thoyyiban dan Hak-Hak Pengguna dalam konsep tersebut.

Kursus ini dibimbingi oleh Encik Mohamad Samir Sulaiman daripada Sekretariat Majlis Halal Malaysia (JAKIM) yang berpengalaman luas dalam bidang halal. Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kepakaran pegawai dalam pengurusan halal dan industri.

Kursus Prinsip Syariah Dalam Industri Halal 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1036-kursus-prinsip-syariah-dalam-industri-halal-2