Kurator Berita : Bahagian Dakwah
26 Jun 2022 (Ahad) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah berjaya mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022. Multaqa ini telah berlangsung pada 26 Jun 2022 bersamaan 26 Zulkaedah 1443H, bertempat di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.

Seramai lebih 500 orang yang terdiri daripada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD), Guru KAFA, dan Pengetua/Mudir Institusi Tahfiz & Pondok dari seluruh daerah di negeri Kedah telah menghadiri program ini.

Bemula seawal jam 2.20 petang, para peserta mendapat perkongsian ilmu melalui Forum Murabbi Ummah yang disampaikan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, TImbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Ustaz Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamudden, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kedah, dan dimoderator oleh YBhg. Tuan Sheikh Yusoff bin Haji Ahmad, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah. Sesi Forum Murabbi Ummah itu bertajuk “Menjunjung Syariat Islam” dengan kupasan yang amat menarik dan berkesan. Seterusnya multaqa diteruskan oleh Town Hall Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) bersama YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama.

Multaqa bersambung dengan Acara perasmian yang dimulakan dengan bacaan doa oleh YBhg. Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad iaitu Imam Besar Masjid Zahir (Masjid Negeri Kedah). Multaqa diteruskan lagi dengan ucapan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah. Majlis disambung dengan Penyampaian Cek Cura Peruntukan Kewangan Imam, Bilal, Guru Takmir Dan Guru Kafa Negeri Kedah Tahun 2022. Pada multaqa peringkat negeri ini juga diadakan Peyerahan Cek Cura Sumbangan Baik Pulih Msajid dan Surau Akibat Banjir Negeri Kedah oleh Yayasan Taqwa MAIWP. Turut hadir bersama multaqa ini YB. Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Bin Haji Ahmad (Bersara), Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Haji Razali Bin Haji Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md. Daud, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) serta Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM.

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kedah 2022 1

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kedah 2022 2

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kedah 2022 3

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kedah 2022 4

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kedah 2022 5

Kredit gambar : Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah