Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
KEPALA BATAS – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah bekerjasama dengan Bahagian Pentauliahan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) bagi melaksanakan Program Taklimat Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada institusi tahfiz di Zon Utara pada 5 Julai 2022 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang.

Taklimat ini diadakan bagi tujuan menjelaskan perkara berkaitan persijilan kemahiran melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada pengurus-pengurus tahfiz swasta. Program taklimat ini dimulakan dengan pembentangan dan sesi soal jawab bersama Puan Markhuza dari Bahagian Pentauliahan JPK. Program ini turut dihadiri Tuan Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPK), Haji Hanifuddin bin Roslan (Timbalan Pengarah BDKI), Encik Mohd Azmir bin Ahmad (Pengarah JPK Wilayah Utara), Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin (Rektor IKDAR), Encik Zahari bin Md. Zin (Timbalan Pengarah Latihan ILPKB), Puan Nor Yusuhanna binti Mohd Yusof (Timbalan Pengarah Operasi ILPKB), Encik Faizal bin Ibrahim (KPP Bahagian Pendidikan JHEAIPP) dan Puan Kasumawati binti Kasim (KPP Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM). Taklimat ini diakhiri dengan sesi lawatan ke bengkel-bengkel kursus kemahiran yang ditawarkan di ILPKB.

Pelaksanaan taklimat ini merupakan siri ketiga serta program susulan selepas pelancaran Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz-TVET di bawah Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 16 Mac 2022. Diharapkan pihak tahfiz bersedia untuk meneroka cabaran baharu ke arah melahirkan huffaz professional dan berkemahiran tinggi.

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Swasta 1

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Swasta 2

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Swasta 3

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Swasta 4

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Swasta 5

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Swasta 6

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Swasta 7