Kurator Berita : Darul Quran
6 Julai 2022 - Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya telah menjadi lokasi Mesyuarat Lembaga Darul Quran Bilangan 39 yang bersidang hari ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff selaku Pengerusi Lembaga Darul Quran JAKIM.

Mesyuarat pada kali ini membincangkan lima kertas cadangan dan dua kertas makluman. Kesemua kertas-kertas yang dikemukakan telah mendapat persetujuan dan pengesahan oleh ahli lembaga untuk dilaksanakan. Antara ahli-ahli yang hadir pada sesi kali ini ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Prof. Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim, Prof. Dato' Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari bin Long, Tuan Haji Hassan Nudin bin A. Hamid, Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Tuan Zawawi bin Ghazali dan Pengarah Darul Quran, Us Mohamad Kori bin Jusoh selaku Setiausaha.

Pengerusi merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli lembaga atas sumbangan serta jasa dalam memberi idea serta pandangan yang baik demi memastikan kelangsungan institusi tahfiz terutamanya Darul Quran terus berada di persada perdana.

Ahli Lembaga DQ Bersidang Kali Ke 39

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=602