Kurator Berita : Darul Quran
6 Julai 2022 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah mengadakan ziarah ke Darul Quran bertemu rakan-rakan dari Persatuan Mahasiswa DQ (PMDQ). Istimewanya kunjungan ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan beberapa wakil dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk meninjau keadaan mahasiswa Program Ijazah Darul Quran secara kerjasama dengan USIM di samping menjalin kerjasama yang baik antara MPP USIM dengan Persatuan Mahasiswa DQ (PMDQ).

Dalam sesi ucapan, TNC HEPA menyatakan hasrat agar para mahasiswa menjaga nama program pengajian kolaborasi USIM-DQ ini dengan baik. Di samping turut menceritakan beberapa halangan dan rintangan yang terpaksa dihadapi untuk mewujudkan program ini ketika di awal-awal pewujudannya. Justeru beliau berharap supaya program USIM-DQ ini dapat diteruskan dan ditambah baik.

Turut hadir menyantuni delegasi USIM ini ialah Pengarah, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh serta beberapa orang pegawai Darul Quran.

TNC HEPA MPP USIM berkunjung ke DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=603