Kurator Berita : Bahagian Dakwah
16 Julai 2022, Kangar : Bersempena cuti hujung minggu ini Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HEA) telah mengambil inisiatif turun padang menyantuni mangsa musibah ribut yang berlaku di Perlis baru baru ini.

Majlis penyampaian telah diadakan di Kg Mata Ayer Kangar Perlis dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM. Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Tuan Hj Salahudin bin Ghazali, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Tuan Azizan bin Sulaiman ADUN Santan dan YB Tuan Ruzaini bin Rais Exco Agama Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Beseri.

Dalam ucapannya beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada JAKIM di atas usaha untuk membantu mangsa mangsa ribut yang terlibat.

Dalam majlis ini, Pengarah Kanan Dakwah JAKIM telah menyerahkan cek cura yang berjumlah RM20,400.00 bagi tujuan bantuan kepada mangsa.

Rata-rata penerima yang ditemui menzahirkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga atas usaha menyantuni yang terkesan akibat daripada musibah ribut tersebut.

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Perlis 1

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Perlis 2

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Perlis 3

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Perlis 4

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Perlis 5

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Perlis 6