Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Besut, 5 Julai - Kluster Kecemerlangan dan Pengurusan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berlangsung mulai 4 hingga 5 Julai 2022.

Kursus ini memfokuskan kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Arab kepada guru-guru KAFA bagi memberikan pendedahan kepada para guru untuk mengajar murid-murid KAFA agar lebih efektif dan mudah difahami. Objektif kursus ini ialah untuk memantapkan pengetahuan peserta mengenai nahu/kaedah dan perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab sesuai dengan kurikulum KAFA di samping membina keyakinan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dengan cara yang lebih tepat dan berkesan.

Kursus ini telah dihadiri seramai 32 orang guru-guru KAFA daripada daerah Kemaman, Terengganu. Kesemua peserta memberikan respon yang sangat positif terhadap pengisian slot dan kaedah pengajaran yang disampaikan secara santai tetapi penuh dengan tips untuk kaedah pengajaran kepada murid.

“INGAT LATIHAN INGAT ILIM”

Kursus PdPc Bahasa Arab 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1040-kursus-pdpc-bahasa-arab