Kurator Berita : Bahagian Dakwah
18 Julai, Kuala Besut Terengganu : Misi Skuad Musa'adah Keluarga Agensi YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (SMKM) bagi menyantuni mangsa yang ditimpa musibah ribut telah diteruskan pada hari ini di Kuala Besut Terengganu.

Skuad ini telah diketuai oleh YBrs Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP, YBrs. Tuan Haji Azbi bin Salleh, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, YBrs Tuan Haji Salahudin b Ghazali, Imam Besar Masjid Putra Putrajaya dan YBrs En Azran Amin b Mazlan, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Daerah Besut.

Seramai 264 keluarga telah terlibat dalam musibah ribut yang berlaku pada 09 Julai 2022 menjelang ketika umat Islam ingin menyambut hariraya aidul adha.

Dalam program ini SMKM telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada mangsa yang melibatkan peruntukan berjumlah sumbangan sebanyak RM145,800.00 hasil sumbangan Tabung Musa'adah JAKIM - YWM, Masjid Putra dan Yayasan Taqwa MAIWP.

Dalam majlis ini juga disampaikan bantuan kepada Surau Al-Abrar Kg Tanjung Batu Kuala Nerus Terengganu yang terbabit dengan musibah kebakaran baru-baru ini.

Sumbangan yang disampaikan membuktikan bahawa SMKM sentiasa cakna dan prihatin kepada mangsa-mangsa musibah yang berlaku dalam negara sebagai menyahut gagasan KELUARGA MALAYSIA yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri.

Justeru pihak yang ingin menyumbang, bolehlah menyalurkan sumbangan anda kepada Tabung Musaadah CIMB Islamik Bank Berhad Yayasan Waqaf Malaysia No Akaun 86-0221818-6. Rujukan : JAKIM

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 1

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 2

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 3

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 4

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 5

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 6

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 7

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 8

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 10

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Ribut Di Kuala Besut 11