Kurator Berita : Darul Quran
14 Julai 2022 - Darul Quran berbesar hati menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Ahli Dewan Negara hari ini. YB Datuk Dr. Dominic juga adalah merupakan mantan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur sebelum terlibat dalam politik.

Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh bersama pegawai-pegawai kanan Darul Quran. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk mengetahui sedikit sebanyak latar belakang berkenaan Darul Quran yang lokasinya terletak di Hulu Selangor dan menawarkan kursus atau latihan Pelaksanaan Audit Pemantauan ISO bagi Darul Quran JAKIM.

Pelbagai isu dan topik telah dibincangkan dalam sesi pertemuan yang berlangsung selama hampir satu jam setengah. YB Senator juga turut melahirkan rasa teruja dengan perkembangan terkini Darul Quran dan mengucapkan terima kasih di atas layanan yang telah diberikan oleh Darul Quran. Turut hadir bersama YB Senator ialah Cik Leong Wing Yan, Eksekutif Pembangunan Perniagaan dari SQC Consulting Group.

Kunjungan Hormat Datuk Dr. Dominic Ke DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=606