Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
26 Jun 2022 - Unit Hal Ehwal Pengurusan Penyelia dan Guru, Cawangan Pengurusan KAFA, Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Program Permukiman Penyelia KAFA Zon Utara bertempat di Sedim ceria Resort, Kulim kedah pada 26 Jun 2022. Program yang melibatkan penyertaan Penyelia KAFA Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ini diadakan bertujuan untuk memastikan pembudayaan, pengorganisasian dan pelaksanaan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang penambahbaikan prosedur kerja yang telah dilaksanakan dalam pengurusan KAFA. Serta menjalinkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam mendapatkan idea dan pandangan serta cadangan penambahbaikan berkaitan fungsi dan peranan Jabatan ini dalam meningkatkan kebolehupayaan dan komitmen penyelia dalam tugasan yang telah ditetapkan.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM. Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah JAIPs. Dalam ucapan perasmian, beliau mengharapkan kompetensi penyelia dalam perkhidmatan dan kemajuan kerjaya harus dititik beratkan. Pengetahuan, kemampuan mengurus kerja dan hubungan dengan majikan perlu diperkasakan melalui pembelajaran dan latihan yang berterusan. Permukiman Penyelia KAFA.

Permukiman Penyelia KAFA Zon Utara 1

Permukiman Penyelia KAFA Zon Utara 2

Permukiman Penyelia KAFA Zon Utara 3

Permukiman Penyelia KAFA Zon Utara 4