Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 07 Julai - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pengurusan Wakaf pada 5 dan 6 Julai 2022 bersamaan 5 dan 6 Zulhijjah 1443 di Bilik Kuliah Abdul Qadir al-Jailani, ILIM Kampus Utama Bangi.

Objektif kursus ini memberi penjelasan konsep berkaitan waqaf, pengurusannya dan undang-undang yang berkaitan dengannya. Seramai 20 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN dan Penjawat Awam.

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah dibimbing oleh lima (5) penceramah yang berpengetahuan luas dalam ilmu pengurusan waqaf iaitu Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia, Dr. Md Yazid bin Ahmad, Pensyarah Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Encik Hanif bin Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Puan Norlaili binti Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Dr. Muhamad Firdaus bin Ab Rahman, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara slot yang dibincangkan ialah Pengenalan Konsep Waqaf, Pembangunan Tanah Waqaf di Malaysia, Pengenalan kepada Perundangan Harta Waqaf di Malaysia, Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Akta dan Enakmen Negeri berkaitan dengan Pentadbiran Harta Waqaf Orang Islam dan Kes-Kes Pertikaian Harta Waqaf Orang Islam di Malaysia.

Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kepakaran pegawai dan penjawat awam dalam Pengurusan Wakaf dan menjadi penyumbang kepada wakaf di Malaysia.

“INGAT LATIHAN INGAT ILIM”

Kursus Pengurusan Wakaf 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1041-kursus-pengurusan-wakaf