Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Pada 22 hingga 24 Julai 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) telah mengadakan Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) Kali Ke – 7 Tahun 2022.

Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) kali ini telah disempurnakan oleh Exco Dakwah negeri Kelantan iaitu YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud wakil rasmi Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir pada Majlis Perasmian Penutupan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary yang turut memberi ucapan aluan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang IKK 2022.

Pada kali ini, IKK telah disertai oleh 14 buah negeri dengan keseluruhan kontinjen seramai 210 orang. Antara acara yang dipertandingkan adalah Tilawah al-Quran (L&P), Hafazan al-Quran (L&P), Bercerita Kisah al-Quran (L&P) dan Khat (L&P). Juara keseluruhan IKK 2022 telah dimenangi oleh negeri Perak dengan mendapat 2 johan dan 2 naib johan.

Bahagian Pendidikan JAKIM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran IKK 2022 pada kali ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan insyaAllah kita akan berjumpa pada IKK akan datang. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Tilawah Al-Quran Lelaki:
Johan: Ahmad Azfar Bin Hj Azraei (Melaka)
Naib Johan: Izz Ziqri Bin Yusva Mochtar (Wilayah Persekutuan)
Ketiga: Muhammad Danish Daniel Bin Muhamad (Johor)

Tilawah Al-Quran Perempuan
Johan: Nur Farhan Faiqah Binti Hanipah (Johor)
Naib Johan: Maryam Solehah Binti Noor Hisyam (Negeri Sembilan)
Ketiga: ‘Arifah Binti Hj Azraei (Melaka)

Hafazan Al-Quran Lelaki
Johan: Wan Ahmad Nur Hafiy Bin Wan Mohd Nurussabah (Kedah)
Naib Johan: Muhammad Ammar Bin Mohd Anuar (Perak)
Ketiga: Ahmad Rayyan Raudhillah Bin Rafizul (Johor)

Hafazan Al-Quran Perempuan
Johan: Atikah Binti Mohd Syazwan (Negeri Sembilan)
Naib Johan: Maryam Binti Muhammad Anwar (Kelantan)
Ketiga: Nik Nadrah Jannah Binti Nik Mohd Shah Eram (Pahang)

Bercerita Kisah Al-Quran Lelaki
Johan: Muhammad Naufal Hussaini Bin Mohd Fauzi (Perak)
Naib Johan: Muhammad Faris Bin Mohd Azhar (Kedah)
Ketiga: Usyair Hadif Bin Yusri (Johor)

Bercerita Kisah Al-Quran Perempuan
Johan: Keysha Khaleeda Binti Karman (Johor)
Naib Johan: Ulya Farhana Binti Muhammad Hafiz (Perak)
Ketiga: Puteri Nur Syifa Binti Awaluddin (Selangor)

Khat Lelaki
Johan: Imam Ahmad Bin Hashim Fahmi (Perak)
Naib Johan: Irfan Danial Bin Khairil Anwar (Melaka)
Ketiga: Muhammad Aidil Bin Mohd Khairulhazri (Wilayah Persekutuan)

Khat Perempuan
Johan: Nur Izzatul Humaira Binti Norshaharizal (Selangor)
Naib Johan: Nur Aina Aqilah Binti Abu Naim (Johor)
Ketiga: Nur Solehah Binti Norazlan (Melaka)

Ihtifal KAFA Kebangsaan Kali Ke 7 2022 1

Ihtifal KAFA Kebangsaan Kali Ke 7 2022 2

Ihtifal KAFA Kebangsaan Kali Ke 7 2022 3

Ihtifal KAFA Kebangsaan Kali Ke 7 2022 4

Ihtifal KAFA Kebangsaan Kali Ke 7 2022 5

Ihtifal KAFA Kebangsaan Kali Ke 7 2022 6