Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Bangi, 28 Julai 2022 – JAKIM sedia mengaktifkan penggunaan SISPAA bermula Ogos 2022. Unit Komunikasi Korporat JAKIM dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam Malaysia (BPA) telah mengadakan Bengkel Pengunaan SISPAA pada 27 hingga 28 Julai 2022 bermula jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang bertempat di Bilik Multimedia Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi. Seramai 30 orang peserta hadir mewakili bahagian dan unit masing-masing.

Pelaksanaan Bengkel ini diadakan bertujuan supaya peserta akan dapat memahami fungsi, ciri-ciri dan mengaplikasikan penggunaan SISPAA yang digunakan oleh agensi kerajaan dalam menguruskan aduan awam di bahagian mengikut tatacara yang betul dan tepat.

Bengkel ini dikendalikan oleh dua (2) orang fasilitator iaitu Puan Norazizan Mohammad dan Puan Herdayu bin Hamid Penolong pegawai Sistem Maklumat daripada BPA. Bengkel dimulai dengan slot pengenalan SISPAA, proses penerimaan aduan, perekodan, pengagihan, penyiasatan, penyelesaian dan juga pelaporan serta analisis berkaitan aduan.

Semoga bengkel ini dapat meningkat keupayaan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan aduan melalui SISPAA seterusnya dapat menambahbaik keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam.

Bengkel Penggunaan SISPAA Peringkat JAKIM 1

Bengkel Penggunaan SISPAA Peringkat JAKIM 2

Bengkel Penggunaan SISPAA Peringkat JAKIM 3

Bengkel Penggunaan SISPAA Peringkat JAKIM 4