Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
MELAKA, 5 OGOS 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Manual Sukarelawan Sosial Islam pada 3-5 Ogos 2022 di The Straits and Suites Hotel, Melaka.

Bengkel ini merupakan perbincangan susulan bagi memperincikan deraf manual yang telah dibangunkan pada bengkel yang telah diadakan 18-19 Februari 2022.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada wakil Jabatan Perubatan Kecemasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kebajikan Malaysia, Agenti Anti Dadah Kebangsaan, Institut Sosial Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, Pertubuh Kepakaran Khas Respon Bencana Malaysia (SPEAR), Yayasan Ihtimam Malaysia dan Sukarelawan Sosial Islam.

Semoga segala perbincangan dan dapatan hasil bengkel pemurnian ini dapat dimanfaatkan secara maksimum dalam melahirkan para sukarelawan sosial Islam yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkepakaran.

Bengkel Pemurnian Manual Sukarelawan Sosial Islam 1

Bengkel Pemurnian Manual Sukarelawan Sosial Islam 2

Bengkel Pemurnian Manual Sukarelawan Sosial Islam 3