Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
3 Ogos 2022 – Putrajaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Town Hall Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Sesi Town Hall berkaitan dengan Pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera ini telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini merupakan siri penjelasan Pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang telah dibangunkan dalam Pelan Komunikasi KMKS JAKIM. Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Dasar, JAKIM. Seramai 453 orang peserta telah menghadiri program ini terdiri daripada Ketua-ketua Agensi di bawah YB Menteri (Hal Ehwal Agama) Pengarah-pengarah Bahagian, para pegawai dan Pegawai-pegawai Kader JAKIM yang ditempatkan di Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan. Penglibatan dua hala semasa sesi soal jawab membuktikan para peserta begitu berminat untuk memahami dengan mendalam berkaitan dengan Pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.

Town Hall KMKS 1

Town Hall KMKS 2

Town Hall KMKS 3

Town Hall KMKS 4

Town Hall KMKS 5

Town Hall KMKS 6

Town Hall KMKS 7