Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 28 Julai - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pengurusan Hutang pada 26-27 Julai 2022 bersamaan 26-27 Zulhijjah 1443 di Bilik Kuliah Ibn Khaldun, ILIM Kampus Utama Bangi.

Objektif kursus ini ialah memberi penjelasan konsep hutang dan pengendalian hutang serta membina pengurusan kewangan diri melalui pengurusan kewangan Islam. Seramai 39 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN dan Penjawat Awam.

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah dibimbing oleh seorang penceramah yang berpengetahuan luas dalam ilmu pengurusan hutang dan pengurusan kewangan iaitu Tuan Nasir Mustaffa dari Nasque Training dan Consultancy. Antara slot yang dibincangkan merangkumi Pengendalian dan Pengurusan Hutang, Pelaburan Kewangan, Perlindungan Kewangan, Penipuan Kewangan Pengagihan Harta.

Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan pengetahuan pegawai hal ehwal Islam dan penjawat awam dalam pengurusan hutang dan cara meningkatkan pengurusan kewangan melalui pelaburan secara tetap dan equity, emas, hartanah dan lain-lain serta boleh membuat perancangan persaraan.

Kursus Pengurusan Hutang Dan Kewangan Islam 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1057-kursus-pengurusan-hutang-dan-kewangan-islam