Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Besut, 27 Julai - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Komunikasi Dakwah (Pengucapan Awam) secara bersemuka yang berlangsung mulai 26 hingga 27 Julai 2022.

Kursus ini menumpukan kaedah dan teknik-teknik pengucapan awam dan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai Jabatan dan Agensi di sekitar daerah Besut, Terengganu dan Kelantan.

Objektif kursus ini ialah untuk mempelajari asas kefahaman dan kepentingan pengucapan awam serta pendedahan asas kepada teori pengucapan awam di samping mempelajari dan mengamalkan teknik pengucapan awam berkesan.

Kursus ini telah di hadiri seramai 25 orang peserta. Kesemua peserta memberikan respon yang sangat positif terhadap pengisian slot dan latih amal kaedah penyampaian secara santai tetapi penuh dengan tips untuk kaedah pengucapan awam.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta bagi meningkatkan keyakinan diri dalam tugasan pengucapan awam dan menjadi pengucap awam yang berkualiti.

Pengucapan Awam 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1059-kursus-komunikasi-dakwah-pengucapan-awam-2