Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lahad Datu, 4 Ogos 2022 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu telah menganjurkan Kursus Pemahaman Akidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Siri 2 pada 2 hingga 4 Ogos 2022. Kursus ini telah disertai seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan terbuka kepada masyarakat sekitar yang bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan memperkenalkan pegangan Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah, mendedahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi ahli Al-Sunnah Wa Al- Jama’ah terhadap akidah dan keselamatan negara serta membincangkan langkah untuk menangani fahaman yang menyalahi Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah.

Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Miftahul Ulum Imron, Guru Maahad Tahfiz Ar-Rahmah iaitu seorang penceramah berpengalaman. Beliau berkongsi pengetahuan dalam slot Akidah, Syari’ah Dan Akhlaq serta Asas Akidah Islam dan Sejarah Ahli Sunnah Wal-Jamaáh. Manakala Ustaz Pangeran Mohd Hanif bin Awang Omar daripada Pegawai Pejabat Mufti Negeri Sabah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Ancaman Luar Dan Dalaman Ahli Sunnah Wal-Jama’ah dan Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.Di samping turut memberi peluang kepada peserta untuk mengeluarkan pendapat masing-masing secara interaktif dalam talian.

Peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran kursus kali ini. Semoga kursus ini dapat menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa berpegang kepada fahaman Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaáh.

Kursus Pemahaman Akidah ASWJ Siri 2 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1065-kursus-pemahaman-akidah-ahli-sunnah-wal-jama-ah-siri-2