Kurator Berita : Darul Quran
3 Ogos 2022 - Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Delegasi ini diketuai oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Encik Mohd Fauzi bin Abidin bersama enam orang pegawai lain yang turut mewakili Institusi-Institusi Pendidikan di bawah MAIWP. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh dan turut disertai oleh beberapa orang pegawai kanan Darul Quran.

Program kerjasama yang dibincangkan ini adalah satu usaha ke arah peningkatan kemahiran kepada para pelajar dan juga guru-guru tahfiz di bawah Institusi Pendidikan MAIWP. Antara program yang dicadangkan pelaksanaannya ialah penaziran, Mukhayyam Huffaz dan Kursus Peningkatan Guru-Guru Tahfiz.

Semoga kerjasama ini akan mengeratkan lagi hubungan antara Darul Quran serta MAIWP dan seterusnya dapat merealisasikan agenda pembangunan ummah dengan lebih menyeluruh.

Kerjasama Antara DQ Dan MAIWP

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=616