Kurator Berita : Darul Quran
4 Ogos 2022 – Sebagai persiapan Majlis Lawatan Kerja KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Darul Quran JAKIM, pegawai-pegawai Istana Negara diketuai oleh Kolonel (B) Dato’ Nazim bin Mohd Alim, Setiausaha Sulit Kanan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI telah mengadakan lawatan tapak ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah untuk penyelarasan serta persiapan majlis tersebut.

Antara agensi yang terlibat dalam lawatan tapak ini selain pihak Istana Negara ialah dari Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Bahagian JAKIM, JKR, PDRM dan KKM. Turut hadir Y.D.M. Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor dan Ustaz Ahmad Al-Muhaymin bin Abd Wahab, Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beberapa keputusan telah disepakati melalui sesi perbincangan semua agensi yang hadir dalam lawatan tapak ini. Semoga dengan semua persiapan yang telah dan akan dilaksanakan selepas ini bakal menatijahkan hasil yang terbaik.

Lawatan Tapak Pegawai Istana Negara Ke DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=618