Kurator Berita : Darul Quran
5 Ogos 2022 – Suatu Mesyuarat Penyelarasan Memorandum Perjanjian Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah secara kerjasama antara USIM dengan Darul Quran telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Mesyuarat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM Nilai. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Mohd Zuhdi Mohd Amin. Sementara ahli mesyuarat dari Darul Quran pula telah diketuai oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh.

Mesyuarat ini membincangkan perkara berkaitan perjanjian yang telah dimaterai hampir lima tahun dan dalam proses pembaharuan semula. Perbincangan yang harmoni antara pihak FPQS USIM dan DQ turut membincangkan hala tuju kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua institusi untuk masa hadapan.

MOA Pengajian Quran Sunnah USIM DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=620