Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bangi, Selangor (16 Ogos 2022) - JAKIM sekali lagi melakar sejarah dengan melancarkan Portal Pusat Maklumat Penyelidikan Islam (CIR-i). Portal yang menghimpunkan maklumat berkaitan penyelidikan isu-isu semasa dan yang hangat dibincangkan bertujuan untuk memudahkan orang awam mendapatkan bacaan dan rujukan hasil penyelidikan daripada pihak JAKIM.

Dalam majlis pelancaran yang dikelolakan oleh Bahagian Penyelidikan tersebut, YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga berkesempatan merasmikan buku penyelidikan terbitan Bahagian Penyelidikan.

Laman web Portal Pusat Maklumat Penyelidikan Islam (CIR-i) boleh di akses di pautan berikut: