Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
BANGI 12-14 Ogos 2022- Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa-Siswi Darul Quran dengan kerjasama Darul Quran, Persatuan Ulama Islam Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Kebajikan Arriqab dan Yayasan Amal Malaysia pada 12-14 Ogos 2022 di Insitut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor.

Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada 33 orang mahasiswa/siswi Semester 5 Syukbah Dakwah Darul Quran berkenaan pengenalan asas sukarelawan, kemahiran-kemahiran dan pelan tindakan bagi merangka program turun ke lapangan yang berimpak tinggi untuk menjamin keberkesanan program yang dijalankan.

Majlis perasmian bengkel ini disempurnakan oleh Datuk Mohamad Hj Abdullah, Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.

Pengisian bengkel ini dibahagikan kepada 5 slot dimulakan dengan Pengenalan Asas-Asas Kesukarelawanan oleh YBrs. Ustaz Kamarudin bin Kassim, Presiden UNGGAS Malaysia, Data dan Isu Sosial di Malaysia oleh Dr. Nor Wahiza binti Abdul Wahat selaku Ketua Kluster Unit Sukarelawan Sosial Islam YIM, Jenis dan Pengurusan Organisasi oleh En. Nazri bin Jamaludin, Kemahiran-Kemahiran dalam kesukarelawanan oleh Pn. Azian dan diakhiri dengan Pelan Tindakan oleh En. Kamaruddin bin Kassim. Setiap slot ceramah ini juga disusuli dengan latihan dalam kumpulan (LDK) untuk sesi perbincangan dan amali para sukarelawan.

Semoga bengkel yang diadakan ini menjadi pemangkin semangat buat para sukarelawan untuk mengorak langkah dengan lebih padu dalam melaksanakan program-program pemerkasaan komuniti yang memberi impak yang positif pada masyarakat secara keseluruhannya.

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 1

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 2

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 3

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 4

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 5

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 6

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 7

TOT Manual Sukarelawan Sosial Islam Siswa DQ 8