Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 9 hingga 11 ogos yang lalu, telah berlangsung Kursus Penataran Kurikulum KAFA Baharu Daerah Pasir Mas 2022 anjuran Unit Buku Teks & Kurikulum, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan. Kursus ini diadakan bertujuan untuk Memberi pendedahan dan menambah pengetahuan sedia ada mengenai kurikulum KAFA baharu yang menjadi sukatan pelajaran di sekolah dan juga untuk menyasarkan agar peserta yang hadir boleh menyampaikan PdPC kepada murid mengikut sukatan kurikulum baharu.

Program yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir hingga 4.30 petang telah diadakan di Bilik Bestari 2, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Bahagian teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah dihadiri seramai 69 orang Guru KAFA yang mengajar di Daerah Pasir Mas.

Antara pengisian dalam kursus melibatkan pembentangan tujuh subjek iaitu Tilawah Al-quran dan Hafazan, Bahasa Arab 1, Bahasa Arab 2, Jawi dan Khat, Akidah dan Ibadah, Sirah dan Adab, Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu Dr. Mohamad Ziyad Bin Mukhtar danDr. Mohd Bakri Bin Aziz @ Saari.

Diharapkan kursus ini dapat memberi pendedahan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program KAFA di daerah Pasir Mas, Kelantan.

Kursus Penataran Kurikulum KAFA Pasir Mas 2022 1

Kursus Penataran Kurikulum KAFA Pasir Mas 2022 2

Kursus Penataran Kurikulum KAFA Pasir Mas 2022 3

Kursus Penataran Kurikulum KAFA Pasir Mas 2022 4

Kursus Penataran Kurikulum KAFA Pasir Mas 2022 5

Kursus Penataran Kurikulum KAFA Pasir Mas 2022 6

Kursus Penataran Kurikulum KAFA Pasir Mas 2022 7