Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 15 dan 16 ogos yang lalu, Unit Latihan Dan Pemantauan Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan telah mengadakan Bengkel Penataran Kandungan Kurikulum Standard KAFA 2.0 Jawi (Siri 3) Negeri Kelantan bertempat di Dewan Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai Kelantan. Bengkel yang bermula jam berlangsung Kursus Penataran Kurikulum KAFA Baharu Daerah Pasir Mas 2022 anjuran Unit Buku Teks & Kurikulum, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan.

Bengkel yang bermula 8.00 pagi dan berakhir hingga jam 3.00 petang ini melibatkan penyertaan seramai 14 orang guru KAFA yang dibimbing oleh Penceramah dan fasilitator yang dilantik iaitu Encik Mansor Bin Mohamad dan Encik Mohd Shupardi Bin Mohd Ya'acob dan dibantu oleh pihak urusetia iaitu Puan Tuan Noorrulani Binti Tuan Soh dan Puan Siti Nor Asmahani Binti Wan Hassan.

Objektif bengkel ini adalah untuk Mencari guru-guru KAFA lulusan ijazah yang berminat dan mampu menguasai bidang Jawi untuk menjadi Jurulatih Utama (Munshi Jawi) dan seterusnya berkongsi ilmu bidang Jawi dengan guru-guru lain.

Antara pengisian dalam bengkel ini ialah PdP Asas Dalam Bidang Jawi:

• Ejaan Tradisi, Ejaan Lazim dan Ejaan Mengikut Hukum bagi perkataan Melayu jati
• Kata Serapan Inggeris & Arab
• Homograf

Bengkel ini merupakan bengkel pada tahap pertama (asas) dan peserta seterusnya akan mengikuti bengkel jawi tahap kedua dengan lebih mendalam.

Bengkel Penataran Kandungan KAFA Jawi Siri 3 1

Bengkel Penataran Kandungan KAFA Jawi Siri 3 2

Bengkel Penataran Kandungan KAFA Jawi Siri 3 3

Bengkel Penataran Kandungan KAFA Jawi Siri 3 4

Bengkel Penataran Kandungan KAFA Jawi Siri 3 5

Bengkel Penataran Kandungan KAFA Jawi Siri 3 6