Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA – 15 hingga 17 Ogos 2022 (Isnin – Rabu), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah melaksanakan Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan Siri 2 bertempat di Dewan Makan Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Pada bengkel kali ini juga, pelbagai agensi yang berkaitan turut dilibatkan bagi membantu JAKIM dalam usaha menyedia dan melengkapkan manual ini. Antaranya ialah Bahagian Pembangunan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta pegawai-pegawai JAKIM.

YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dalam ucapan alu-aluannya turut menzahirkan sokongan dan penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh para peserta dan pihak agensi yang terlibat dalam penyediaan manual ini.

Kerjasama daripada pelbagai pihak yang berautoriti ini, diharapkan akan dapat menghasilkan sebuah manual yang boleh dijadikan rujukan serta memberikan informasi kepada para ibu bapa dalam mendidik anak-anak ke arah melahirkan generasi ummah yang berkualiti menurut ajaran Islam sebenar.

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 2 1

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 2 2

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 2 3

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 2 4

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 2 5

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 2 6