Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengurusetiakan Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju' dan Ketua-Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri Seluruh Malaysia (KPNCR dan KPJKSN/ MSN) kali ke 10 tahun 2022. Persidangan telah diadakan pada 16 -17 Ogos 2022 bertempat di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu yang telah dihadiri oleh lebih 40 orang ahli persidangan yang terdiri daripada Ketua Pendaftar NCR JAIN, Ketua Pendaftar JKSN/MSN dan wakil-wakil dari JAKIM dan JKSM.

Persidangan ini telah dipengerusikan secara bersama oleh YA Dato’ Haji Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan JKSM dan juga YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Shuhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Persidangan juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod, JKSM. Ini merupakan acara tahunan kedua-dua agensi yang bertujuan untuk menyelaras perkara berkaitan pengurusan pernikahan, perceraian dan ruju’ serta perundangan di Malaysia yang melibatkan JAKIM,JKSM, JAIN serta JKSN/MSN.

Dua kertas telah dibentangkan oleh Pengarah Bah. KSK semasa persidangan ini iaitu berkaitan Cadangan Pelaksanaan Konsultasi Pra Perceraian dan kertas makluman Arahan MKN No.23 berkaitan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ pelarian di Malaysia. Manakala satu kertas pertimbangan telah dibentangkan oleh Pengarah BPKR JKSM berkaitan Perintah Mahkamah Syariah berkenaan Wali Raja/ Hakim hendaklah diendorskan oleh Mahkamah Syariah di Negeri tempat berlangsungnya pernikahan.

Di akhir persidangan, Kedua-dua Pengerusi bersama berharap agar isu-isu berkaitan dapat dibincangkan dalam mencari solusi agar penyelarasan dan penyeragaman dapat diselesaikan bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Persidangan ini merupakan platform utama untuk mendapatkan maklumat, pandangan, maklumbalas dan idea bagi mengatasi isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju’ serta membincangkan secara holistik isu-isu yang timbul untuk diselesaikan. Usaha ‘berganding bahu’ ini amat penting dalam memastikan sistem pengurusan NCR dan perundangan Islam seiring dan sistematik.

Persidangan KPNCR Dan KPJKSN MSN Ke 1 1

Persidangan KPNCR Dan KPJKSN MSN Ke 1 2

Persidangan KPNCR Dan KPJKSN MSN Ke 1 3

Persidangan KPNCR Dan KPJKSN MSN Ke 1 4

Persidangan KPNCR Dan KPJKSN MSN Ke 1 5