Kurator Berita : Darul Quran
15 Ogos 2022 – Darul Quran telah menerima lima orang tetamu antarabangsa dari As Sunnah Foundation, Bangladesh. As Sunnah Foundation ialah sebuah pertubuhan NGO yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan, dakwah serta kebajikan kepada masyarakat di Bangladesh berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Lawatan ini diadakan kerana pihak As Sunnah Foundation berhasrat ingin menjadikan model pendidikan tahfiz dan ulum islamiyyah di Darul Quran sebagai penanda aras untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian di Bangladesh.

Antara delegasi yang hadir ialah Mr. Abdul Hayyi Muhammad Saifullah, Mr. Muhammad Tanwir Ahmad, Mr. Muhammad Nahid Hasan, Mr. Mahbuburrahman Rasil dan Mr. Mohd Taslim Uddin Chowdhury. Turut meraikan dalam majlis yang diadakan secara santai ini ialah Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali.

Kunjungan Hormat As Sunnah Foundation Bangladesh

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=623