Kurator Berita : Darul Quran
19 Ogos 2022 – Sebagai persediaan kepada para pelajar dalam membentuk keperibadian tinggi dan sahsiah terpuji sebagai hamalatul Quran, kesemua pelajar baharu dari semester satu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat serta Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM telah terlibat dengan Program Pembangunan Sahsiah Huffaz Siri 3 Tahun 2022. Program yang dianjurkan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar ini membahaskan berkaitan “Disiplin Hafazan Berkesan” berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Unit Penyelidikan, Cawangan Kualiti. Slot ceramah telah disampaikan oleh Ketua Unit Penyelidikan Darul Quran, Ustaz Muhamad Toriq bin Yaacob.

Program ini telah menggariskan tiga objektif utama iaitu:
  • mendedahkan kepada pelajar-pelajar berkenaan kaedah dan teknik menghafaz Al-Quran yang sebaiknya;
  • mendedahkan kepada pelajar panduan dan tatacara pengukuhan hafazan al-Quran; dan
  • memberi input kepada pelajar-pelajar berkenaan rutin harian seorang penghafaz al-Quran.

Melalui pelaksanaan program ini diharapkan semoga pelajar dapat memperoleh input terbaik dalam membangunkan sahsiah sebagai seorang huffaz al-Quran yang terbaik.

Pelajar Baharu DQ Sertai Sahsiah Huffaz

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=625