Kurator Berita : Bahagian Dakwah
MELAKA - 23 Ogos 2022.

Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah berjaya menganjurkan Seminar Penghayatan Nilai-Nilai Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Melaka Bagi Tahun 2022 yang bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Hj. Md. Rawi bin Mahmud, Timb. Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian ini ialah YB Datuk Marzuk bin Shaary, Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timb. Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan YBhg. Dato' Che Sukri bin Che Mat, Pengarah JAIM.

Seramai 500 orang penjawat awam pelbagai agensi di Negeri Melaka telah menyerikan Seminar Penghayatan Nilai-nilai Islam pada kali ini.

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 1

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 2

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 3

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 4

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 5

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 6

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 7

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 8

Seminar Penghayatan Nilai Islam Melaka 2022 9