Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
25 Ogos 2022 – Bahagian Dasar Kemajuan Islam melalui Cawangan Dasar Pengajian Tinggi telah melaksanakan satu Majlis Amanat YB Menteri di Jabatan Persana Menteri dan Penyampaian Surat Tawaran kepada Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz 2022 yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf golongan hafiz dan meraikan kejayaan mereka setelah melalui beberapa peringkat tapisan temuduga yang dilaksanakan oleh urusetia. Majlis dimulakan dengan Slot Motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Pahroi bin Mohamad Joi, salah seorang penulis terkemuka tanah air berkenaan kepentingan adab dan ilmu. Majlis diteruskan dengan Taklimat berkenaan Skim Perjanjian Pembiayaan Hafiz yang disampaikan oleh Puan Salina binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Dasar Pengajian Tinggi. Kemuncak kepada majlis ini adalah penyampaian amanat yang disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seterusnya penyerahan surat tawaran kepada 75 orang penerima SPH sesi 2022 yang terdiri daripada 2 orang di peringkat Sarjana dan 73 oarng di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari university dalam dan luar negara.

Majlis yang turut dihadiri oleh ibubapa penerima SPH ini memberikan satu suntikan dan semanagt untuk para penerima terus istiqamah dengan Al-Quran. Apabila anak-anak ini mendapat tajaan, maka ini dapat meringankan sedikit kos perbelanjaan pengajian anak-anak. Dalam masa yang sama, aspirasi negara untuk melahirkan generasi al-Quran kian memancarkan sinarnya. Semoga anak-anak pelajar menjadi pendokong utama dalam merealisasikan hasrat murni kerajaan pada masa akan datang.

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 1

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 2

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 3

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 4

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 5

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 6

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 7

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 8

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 9

Amanat Menteri Dan Penyampaian Surat Pelajar Baharu SPH 2022 10