Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
PULAU PINANG, 27 OGOS 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yayasan Ihtimam Malaysia dan NGO Sosial Islam telah menjayakan Program Peduli Outreach : Masih Ada Yang Sayang bagi menyantuni komuniti Hijrah yang terdiri daripada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekati komuniti ini di samping memberi pendedahan kepada ahli Sukarelawan Sosial Islam untuk turun menyantuni sasaran dilapangan.

Komuniti ini juga turut mendapat sumbangan makanan daripada Syarikat Nestle Manufacturing (Sdn Bhd) dan Syarikat Mamee serta sedikit sumbangan kewangan daripada Yayasan Ihtimam Malaysia.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi secara berkala dengan kerjasama strategik daripada semua pihak agar menjadi pemangkin semangat dan sinar baru ke arah hijrah yang lebih bermakna.

#Komuni

Program Peduli Outreach Masih Ada Yang Sayang 1

Program Peduli Outreach Masih Ada Yang Sayang 2

Program Peduli Outreach Masih Ada Yang Sayang 3