Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
“Warga media penyiaran perlu memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada untuk membentuk kemanusiaan, akhlak dan pemikiran masyarakat pada hari ini.
Mengajak masyarakat sentiasa hormat menghormati dan berkasih sayang antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, juga merupakan dakwah. Membangkitkan semangat cintakan negara melalui suntikan sejarah juga merupakan satu dakwah."

Demikian antara petikan ucapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Majlis Pertemuan dan Perbincangan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Industri Penyiaran Malaysia pada 30 Ogos 2022 bertempat di Hotel Tenera, Bangi –

Libat urus antara agensi Persekutuan dan industri memberi impak positif dalam memantapkan industri penyiaran agar lebih terpandu. Puan Mediha Mahmood, Pengarah Eksekutif, Communication and Multimedia Content Forum (CMCF) turut berkongsi berkaitan Kod Etika Kandungan.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini mendapat respon yang positif daripada pihak industri penyiaran, penerbit dan pengarah produksi tempatan. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Paduka Zakaria bin Stapa.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam (JPMBI) dan Sahibus Samahah Dato Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Johor Majlis diserikan lagi dengan majlis pelancaran Pusat Penyelidikan Hadith.

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 1

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 2

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 3

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 4

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 5

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 6

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 7

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 10

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 13

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 14

Menteri Bersama Industri Penyiaran Malaysia 15