Kurator Berita : Bahagian Dakwah
30 Ogos 2022 - Bandar Prai, Pulau Pinang. Bahagian Dakwah melalui Cawangan Dakwah Bil Hal telah berjaya melaksanakan Kursus ToT Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Zon Utara pada 28 - 30 Ogos 2022 bertempat di Hotel Ixora, Bandar Prai Jaya, Pulau Pinang. Objektif kursus ini adalah melahirkan sukarelawan Islam yang mahir, profesional dan patuh syariat dlm menjalankan khidmat sosial kpd masyarakat khususnya kepada pesakit-pesakit, waris keluarga pesakit dan warga hospital. Kursus ini mengandungi 7 slot ceramah yang mana tajuk-tajuk ceramah berpandukan modul dalam Manual Sukarelawan Rakan Masjid Hospital. CDBH telah menjemput penceramah-penceramah profesional dari KKM, Hospital, IPT dan NGO. Kursus ini diakhiri dengan rumusan peserta yg mewakili jabatan masing-masing. Untuk makluman Kursus ini telah dihadiri oleh Sukarelawan Masjid Hospital daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Agama Islam Perlis. Seramai 26 orang. Kursus ini turut diurusetiakan oleh Ustazah Roshaida, ustaz Haikal Huzaifi, ustaz Soleh (MyStep) dan Haiqal (Praktikal)

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 1

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 2

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 3

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 4

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 5

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 6

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 7

ToT Sukarelawan RAMAH Zon Utara 12