Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah, 2 hingga 4 September 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah mengadakan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke – 8 Tahun 2022. Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) kali ini telah di rasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Manakala pada majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi bin Haji Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah mewakili YAB Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman yang turut memberi ucapan aluan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang MIISMAM.

Pada kali ini MIISMAM telah disertai oleh 14 negeri dengan keseluruhan kontinjen seramai 600 orang. Keseluruhannya, negeri Kedah dan Kelantan telah dinobatkan sebagai johan bersama setelah berkongsi pencapaian dalam acara yang dipertandingkan iaitu 3 johan, 2 naib johan dan 3 tempat ketiga. Bahagian Pendidikan mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran MIISMAM pada kali ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan insyaAllah kita akan berjumpa pada MIISMAM akan datang. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Tilawah Al-Quran Lelaki:
Johan: Wan Ahmad Nur Firas Bin Wan Mohd Nurussabah (Kedah)
Naib Johan: Ahmad Abrar bin Azraie (Melaka)
Ketiga: Amir Rahman Bin Aznan (Negeri Sembilan)

Tilawah Al-Quran Perempuan
Johan: Nurul Iman Binti Halim (Kedah)
Naib Johan: Rohaemi Binti Muhammad Yunus (Sabah)
Ketiga: Nurul Farhanah Binti Mohd Zukri (Negeri Sembilan)

Hafazan Al-Quran Lelaki
Johan: Haikal Firdaus Bin Jaafarudin (Wilayah Persekutuan)
Naib Johan: Mohamad Iqbal Afiq Bin Mohamad Nor (Pahang)
Ketiga: Putra Abu Bakar Bin Mohd Hanif (Kelantan)

Hafazan Al-Quran Perempuan
Johan: Putri Auni Khadijah Binti Mohd Hanif (Kelantan)
Naib Johan: Faiznur Najma Binti Ahmad Razi (Wilayah Persekutuan)
Ketiga: Rahmatul Izzah Binti Rushdi (Terengganu)

Syarahan Bahasa Melayu Lelaki
Johan: Muhammad Khairul Amsyar Bin Fauzi (Terengganu)
Naib Johan: Muhammad Nazmi Bin Muhamad Radzi (Kedah)
Ketiga: Mohamad Haris Haikal Bin Che Basri (Kelantan)

Syarahan Bahasa Melayu Perempuan
Johan: Nur Zaidatul Hannan Binti Addy Johan (Perak)
Naib Johan: Irdina Ballqis Binti Ahmad Basri (Pahang)
Ketiga: Izzah Athirah Binti Mhd Idris (Selangor)

Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki
Johan: Muhammad Bin Ihsan Husyainy (Kedah)
Naib Johan: Mohd Habib Atiqullah Bin Hairul Azizi (Kelantan)
Ketiga:Muhammad Syafiee Bin Mohd Danian (Selangor)

Syarahan Bahasa Inggeris Perempuan
Johan: Nur Eifira Azzahra (Sabah)
Naib Johan: Aisyah Syafiqah Binti Suhaimi (Pahang)
Ketiga: Aliya Nafisa Binti Mohd Latif (Selangor)

Syarahan Bahasa Arab Lelaki
Johan: Muhammad Qumairi Bin Nurhasan (Sabah)
Naib Johan: Akmal Hakimi Bin Rahman (Melaka)
Ketiga: Mohamad Firdaus Bin Abdul Jalil (Kelantan)

Syarahan Bahasa Arab Perempuan
Johan: Basmah Binti Mohd Suhaimy (Kelantan)
Naib Johan: Syahidatul Najihah Binti Shaari (Terengganu)
Ketiga: Fathiyyah Binti Mohd Faisal (Kedah)

Khat Lelaki
Johan: Ahmad Danish Amzar Bin Ahmad Firdaus (Selangor)
Naib Johan: Mohamad Hafiyan Bin Zulkeflee (Kelantan)
Ketiga: Muhammad Hazim Bin Mohd Azam (Kedah)

Khat Perempuan
Johan: Puteri Masyitah Binti Roslan (Sabah)
Naib Johan: Siti Sarah Syamimi Binti Muhammad Sidek (Terengganu)
Ketiga: Tasnim Binti Zuhud ‘Ulya (Kedah)

Kitab Turath Lelaki
Johan: Abdurrauf Bin Roslan (Kelantan)
Naib Johan: Muhammad Syamil Bin Kamarul Zaman (Kedah)
Ketiga: Muhammad Atif Hanafiah Bin Mohd Sharul (Perak)

MIISMAM Kebangsaan Kali Ke 8 1

MIISMAM Kebangsaan Kali Ke 8 2

MIISMAM Kebangsaan Kali Ke 8 3

MIISMAM Kebangsaan Kali Ke 8 4

MIISMAM Kebangsaan Kali Ke 8 5

MIISMAM Kebangsaan Kali Ke 8 6