Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Pendekatan Inisiatif Lelaki Qawwam yang diperkenalkan sebagai usaha memperkasa peranan golongan itu sebagai pemimpin, pelindung serta pembela keluarga dan masyarakat terus giat dilaksanakan oleh pelbagai agensi pelaksana berdasarkan kapasiti dan bidang kuasa masing-masing.

Dalam usaha memantapkan pelaksanaan inisiatif ini, Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) mengambil inisiatif bagi mengadakan Bengkel Pembangunan Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam pada 24 hingga 25 Ogos 2022 bertempat di Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen KLIA. Bengkel yang berlansung selama dua hari satu malam ini bertujuan menghasilkan kerangka dan dokumen yang akan menjadi rujukan serta panduan kepada semua agensi pelaksana, dalam merealisasikan inisiatif tersebut secara lebih berstrategi dan berkesan di setiap peringkat.

Pakar-pakar dalam bidang kekeluargaan, syariah dan undang-undang termasuk Prof. Madya Dr. Syarifah Hayaati binti Syed Ismail dari Universiti Malaya, Dr. Safinar binti Salleh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Adawiyah binti Ismail dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Puan Hajah Siti Fatimah binti Abd Rahman dari Institut Kefahaman Islam Malaysia turut menyumbang idea dan sumbang saran bagi memantapkan dokumen yang dihasilkan.

Dokumen ini juga dilengkapi Pelan Komunikasi yang diwujudkan bagi memastikan inisiatif ini dilaksana secara kolektif dan sistematik untuk memperkukuh insitusi keluarga dan sosial melalui pemerkasaan jalinan kerjasama secara komprehensif antara agensi dan kementerian yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini.

Inisiatif Lelaki Qawwam 1

Inisiatif Lelaki Qawwam 2

Inisiatif Lelaki Qawwam 3

Inisiatif Lelaki Qawwam 4

Inisiatif Lelaki Qawwam 5