Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
7 September, Melaka - Bengkel Latihan Pengguna Sistem E-Jinayat Versi 3.1 telah diadakan di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka. Bengkel yang bertujuan untuk memberi pendedahan penggunaan sistem e-Jinayat kepada Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Melaka tersebut adalah hasil kerjasama Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah serta Bahagian Pengurusan Maklumat.

Seramai 10 orang Pendakwa Syarie dan empat orang Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Melaka telah mengikuti sesi taklimat dan menjalani sesi simulasi sistem e-Jinayat dengan bantuan Encik Shah Juhan bin Samuri, Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali, Puan Rini Yudesia binti Naswir dan Ustazah Noor Azlina binti Mohd Azim@Ejim.


JAKIM JAIM Dan JAPENM Teruskan Latihan e Jinayat 1

JAKIM JAIM Dan JAPENM Teruskan Latihan e Jinayat 2

JAKIM JAIM Dan JAPENM Teruskan Latihan e Jinayat 3

JAKIM JAIM Dan JAPENM Teruskan Latihan e Jinayat 4