Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SELANGOR, 10 SEPTEMBER 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Unit Pembangunan Juvana dengan kerjasama Unit Sukarelawan Sosial Islam,Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah menjayakan Program Stairway to Heaven di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah, Shah Alam, Selangor.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekati komuniti ini di samping sebagai usaha JAKIM untuk membimbing mereka ke arah kehidupan yang lebih baik merangkumi aspek akidah, syariah, syaksiah dan kesihatan fizikal.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya ceramah bertajuk 'Anak Sihat, Ibu Awesome' , slot Tausiyah Jiwa bertajuk ' Duhai Syurga,Akukah Bidadari itu?' dan pertandingan bayi comel. Seramai 25 orang pelatih dari Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah yang turut serta dalam program ini.

Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Noor Haliza bt Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, manakala ucapan aluan disampaikan oleh Puan Hazlina bt Abdul Razak, Pengerusi Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi secara berkala dengan kerjasama strategik daripada semua pihak agar menjadi pemangkin semangat dan sinar baru ke arah hijrah yang lebih bermakna.

Stairway To Heaven Di Rumah Perlindungan Darul Wardah 1

Stairway To Heaven Di Rumah Perlindungan Darul Wardah 2

Stairway To Heaven Di Rumah Perlindungan Darul Wardah 3

Stairway To Heaven Di Rumah Perlindungan Darul Wardah 4

Stairway To Heaven Di Rumah Perlindungan Darul Wardah 5

Stairway To Heaven Di Rumah Perlindungan Darul Wardah 7