Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
SEPANG, SELASA, 20 SEPTEMBER 2022 – JAKIM melalui Cawangan Kajian al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Simposium al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (SQPK ’22) bertempat di Dewan Mentari 1, Movenpick Hotel & Convention Center, KLIA, Sepang, Selangor pada 20 September 2022.

SQPK ’22 berjaya menghimpunkan peserta seramai 120 orang yang terdiri dari wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara. Objektif penganjuran simposium ini ialah untuk mengangkat dan ‘membumi’ kandungan al-Quran dalam melestari kehidupan sejagat. Pengisian simposium telah dimulai dengan Pembentangan Khas oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff, Profesor Jabatan al-Quran dan Hadith, Universiti Malaya tentang Al-Quran Mukjizat Agung: Rahmat Seluruh Alam. Kemudian disusuli dengan pembentangan al-Quran dan Kelestarian Institusi Pendidikan oleh YBhg. Profesor Dr. Muhd Najib bin Abd Kadir, Profesor Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Perkongsian berkaitan al-Quran dan Kelestarian Ummah oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seterusnya, YBrs. Prof Madya Dr. Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid, Dekan Kuliah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengetengahkan al-Quran dan Kelestarian Institusi Kekeluargaan. Manakala YBhg. Datuk Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar telah mengulas al-Quran dan Kelestarian Alam Sekitar dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin, Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah berkongsi tentang Al-Quran dan Kelestarian Peradaban.

YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan ucaptama bertajuk: “Kalam Allah Melestari Keharmonian Sejagat” seterusnya merasmikan Simposium al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Hajah Hakimah bin Mohd Yusoff, Ketua Pengarah, JAKIM dan YBhg. Dato’ Dr Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.


SQPK 22 1

SQPK 22 2

SQPK 22 3

SQPK 22 4

SQPK 22 5

SQPK 22 6

SQPK 22 7

SQPK 22 8

SQPK 22 9

SQPK 22 10

SQPK 22 11

SQPK 22 12