Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Cawangan Penyelarasan Pendidikan/Unit Penaziran Dan Pemantauan bersama Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak telah menjalankan Pemantauan Penggunaan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Kepada Institusi Pendidikan Islam Tahun 2020 dan 2021 di Negeri Perak. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan penggunaan bantuan peruntukan digunakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sebanyak enam buah sekolah di daerah Teluk Intan, Manjung, Kuala Kangsar dan Ipoh antaranya di Daerah Teluk Intan pada 5 September 2022, Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin, Daerah Manjung pada 6 September 2022, di Madrasatul Quran dan Pondok Hidayatullah, Daerah Kuala Kangsar pada 7 September 2022, Maahad Tahfiz Al-Fuqaha Felda Lasah dan Madrasah Tarbiyyah Nurul Ehsan dan di Daerah Ipoh pada 8 September 2022, Sek Men Agama Rakyat Darul Taqwa.

Hasil pemantauan yang dilaksanakan mendapati bahawa institusi telah membelanjakan peruntukan yang diterima dengan membaik pulih infrastruktur yang diperlukan bagi melancarkan perjalanan operasi institusi tersebut, namun begitu terdapat institusi yang kurang mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan JAKIM.

Diharapkan teguran yang diberikan dapat menambah baik pengurusan pentadbiran kewangan institusi yang terlibat dalam menguruskan peruntukan kerajaan persekutuan yang telah diterima.

Pemantauan Peruntukan Khas 2020 dan 2021 Negeri Perak 1

Pemantauan Peruntukan Khas 2020 dan 2021 Negeri Perak 2

Pemantauan Peruntukan Khas 2020 dan 2021 Negeri Perak 3

Pemantauan Peruntukan Khas 2020 dan 2021 Negeri Perak 4

Pemantauan Peruntukan Khas 2020 dan 2021 Negeri Perak 5

Pemantauan Peruntukan Khas 2020 dan 2021 Negeri Perak 6

Pemantauan Peruntukan Khas 2020 dan 2021 Negeri Perak 7