Kurator Berita : Bahagian Dakwah
21.9.2022 - JAKIM bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dengan tema “PEMERKASAAN HOSPITAL MESRA IBADAH MELALUI PENJAGAAN SPIRITUAL” pada hari ini bertempat di Auditorium JAKIM.

Majlis Perasmian Konvensyen dan penyampaian Sijil Pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 KKM. Ucapan aluan pula telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.

Konvensyen ini telah disertai seramai 400 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan hospital serta institusi KKM seluruh Malaysia, hospital swasta, JAIN, Institut Pengajian Tinggi dan Badan Bukan Kerajaan yang terpilih.

Konvensyen ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan pelaksanaan Penjagaan Spiritual di hospital ke arah perkhidmatan kesihatan yang holistic melalui pendekatan bio-psiko-sosial-spiritual. Konvensyen ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kepada semua hospital dan institusi KKM supaya memberikan komitmen yang tinggi bagi mendapatkan Pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah.

Penganjuran konvensyen HMI buat julung kali ini memperdengarkan sebanyak empat (4) pembentangan kertas kerja yang telah dibentang oleh empat orang pembentang profesional dan pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Dr. Ahmad Fahmi bin Mohd Sahray dari Hospital Sungai Buloh, Professor Dr Che Zarrina binti Sa’ari dari Universiti Malaya, Dr. Diana binti Katiman dari Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM dan Ustaz Mohd Isa bin Abdullah dari KKM.

Sebanyak 10 buah fasiliti kesihatan KKM telah diberi pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah, iaitu:

1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.
2. Hospital Serdang, Selangor.
3. Hospital Shah Alam, Selangor.
4. Hospital Taiping, Perak.
5. Hospital Teluk Intan, Perak.
6. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
7. Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang.
8. Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
9. Hospital Pontian, Johor.
10. Institut Kanser Negara

Semoga konvensyen ini menjadi platform terbaik untuk berkongsi ilmu serta kepakaran demi mengukuhkan pengharmonian hubungan interprofesional melalui integrasi ilmu perubatan dan ilmu agama sebagai pelengkap dalam sistem kesihatan kebangsaan.

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 1.

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 2

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 3

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 4

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 5

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 6

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 7

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 8

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 9

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 10

Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Kebangsaan 2022 11