Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Kuantan (22 September 2022) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang (Bahagian Fatwa).

Seminar yang membicarakan tentang isu-isu semasa mengenai ibadah, akidah, tasawuf, muamalat dan sebagainya. Ianya bertujuan memberikan pendedahan dan penjelasan kepada masyarakat berhubung isu-isu semasa yang dibincangkan dan diputuskan di peringkat negeri dan kebangsaan. Dan pada kali ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sekali lagi mengadakan seminar tersebut bersama dengan rakan strategik Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Objektif pengajuran seminar ini antara lainnya adalah untuk menerangkan kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang mengenai isu-isu terpilih berhubung dengan fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum syarak Negeri Pahang (JPHSNP). Selain itu, ianya juga dapat merapatkan hubungan ukhuwah antara Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan agensi kerajaan di peringkat negeri dan daerah serta mengharmonikan dan mendekatkan hubungan institusi kefatwaan dengan masyarakat setempat.

Seminar yang dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah diserikan lagi dengan kehadiran wakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohamad Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. Dalam majlis perasmian ini juga, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang juga berkenan melancarkan Buku Terbitan Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 1

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 2

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 3

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 4

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 5

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 6

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 7

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 8

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 9

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Pahang 10