Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 07 September – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Tarannum Al-Quran kepada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri serta Penjawat Awam. Program ini dilaksanakan pada 06 hingga 07 September 2022, bertempat di Bilik Kuliah Abdul Kadir Jailani, Kampus Utama Bangi

Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Ustaz Hasan al-Fadhli bin Abdul Rahman, Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Dr.Khalid bin Isa, Imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai ilmu tarannum Al-Quran bahkan lebih dari itu iaitu mudah-mudahan menjadi pencetus untuk mengamalkan isi kandungan Al-Quran itu sendiri.

Kursus Tarannum Al Quran 3

Berita penuh : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1102-kursus-tarannum-al-quran