Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lawas, 8 September - Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan yang dominan di kalangan masyarakat Islam hampir diseluruh dunia khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia. Bagi memastikan masyarakat Islam khususnya di utara Sarawak sentiasa berpegang teguh kepada tunjang aqidah ini, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Program Diskusi Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 1 bertempat di ILIM Kampus Lawas JAKIM pada 8 September 2022.

Pada majlis tersebut, ILIM Kampus Lawas telah mengundang penceramah khas daripada Negeri di Bawah Bayu iaitu Puan Saiedah Syamielah binti Abd Rahman yang bertugas di Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS), Keningau Sabah. Program tersebut telah menarik kehadiran seramai 45 orang penjawat awam yang terdiri daripada pelbagai skim termasuk perkhidmatan Hal Ehwal islam yang bertugas di agensi Negeri Sarawak.

Pada program tersebut, penceramah telah berkongsi berkaitan sejarah ringkas pemikiran Abu Hasan Asyhari dan Abu Mansur Al-Maturidi, cabaran aqidah di malaysia serta hujah balas berlandaskan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Semoga dengan adanya kursus sebegini sedikit sebanyak memantapkan kefahaman di kalangan peserta dan menjernihkan segala persoalan yang dikemukakan.

Lawas1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1103-diskusi-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah-siri-1