Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lahad Datu, 13 September - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Kaunseling Syari’e Siri 2 Secara Dalam Talian pada 12 hingga 13 September 2022 bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada PHEI, Guru KAFA, Imam dan Penjawat Awam telah mengikuti program berkenaan daripada daerah Lahad Datu, Tungku, Semporna, Kunak, Tawau, Kinabatangan, Sandakan, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Kuala Penyu dan Labuan.

Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian dan disampaikan oleh Encik Mapatan bin Sudin iaitu Guru Kaunselor daripada SMK Terusan, Lahad Datu dan Ustazah Rajunah binti Radin, Pensyarah, IPG Kampus Tawau. Objektif utama kursus adalah menjelaskan konsep asas kaunseling syari’e, menerangkan proses kaunseling syari’e dan menjelaskan asas dalam kaunseling syari’e. Menjelaskan asas dalam pengurusan kaunseling syarie dan menerangkan proses menjadi kaunselor yang berwibawa.
 
Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah. Pengenalan Asas Kaunseling, Tanggungjawab dan Ciri-Ciri Kaunselor, Pengenalan Kaunseling Syari’e, Sifat Tabi’e Manusia Menurut Islam dan Perkembangan Psikologi.

Semoga dengan adanya kursus ini diharap para peserta dapat meningkatkan pemahaman yang sedia ada, agar ianya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan menghayati ilmu kaunseling dan menyampaikan kepada komuniti dan agensi masing-masing.

Kursus Kaunseling Syarie Siri 2 Secara Dalam Talian 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1107-kursus-kaunseling-syari-e-siri-2-secara-dalam-talian