Kurator Berita : Darul Quran
15 September 2022 - Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali bersama dua orang pegawai Cawangan Akademik telah membuat lawatan kerja ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, Tapah, Perak. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, Tapah merupakan salah satu daripada 10 Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) yang berkolaborasi dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan isu-isu berbangkit berkenaan dengan program pengajian di LTDQ ADDIN di samping mengeratkan lagi hubungan serta komunikasi dua hala.

Ketibaan delegasi dari DQ ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN, Tuan Haji Mohd Sabri bin Nordin. Lawatan ke ADDIN Tapah ini merupakan lawatan pertama TPA ke LTDQ dan akan disusuli dengan LTDQ-LTDQ yang lain.

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Akademik DQ
Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=632