Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz pada 26 hingga 28 September 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Pelaksanaan bengkel ini dibimbing oleh Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muhammad Hafiz bin Salleh. Peserta bengkel terdiri daripada wakil Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN), Bahagian Pendidikan Islam KPM, Persatuan Tahfiz dan Bahagian Undang-Undang JAKIM. Puan Kasumawati binti Kasim merangkap Ketua Penolong Pengarah BDKI turut menyampaikan ucapan alu-aluan dan berharap semua pihak dapat memperkukuh semangat kerjasama dalam menjayakan bengkel pemurnian pada kali ini.

Ahli bengkel memberi tumpuan kepada empat (4) aspek pengurusan iaitu pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum. Semoga pembangunan garis panduan ini dapat membantu usaha meningkatkan kecemerlangan aspek pengurusan institusi tahfiz secara menyeluruh.

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 1

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 2

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 3

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 4

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 5

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 6

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 7

Bengkel Pemurnian GP Pengurusan Institusi Tahfiz 8