Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti bersama-sama memeriahkan Program Jalinan Keluarga Nadi Lembah Pantai 2022:Komuniti Sejahtera, Celik Sustainable Deveploment Goal (SDG).

Program yang bertemakan “Komuniti Sejahtera, Celik SDG” merupakan inisiatif Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama DBKL dan rakan Kolaborasi yang melibatkan pelbagai rakan agensi kerajaan, bukan kerajaan dan industri untuk memperkenalkan komuniti Lembah Pantai khususnya di PPR Sri Pantai dengan 17 SDG sasaran.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di booth JAKIM antaranya Permainan Interaktif, Soal Jawab Agama, Uji Minda, Borak - Borak Ada Makna bersama fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr. Mohd Noor Saper dan Encik Jusrizalman bin Jamaluddin serta Sukarelawan Sosial Islam.

Alhamdulillah sambutan daripada komuniti PPR Sri Pantai dan kawasan sekitarnya amat mengalakkan!

Diharapkan aktiviti turun padang bersama komuniti ini dapat dilaksanakan secara berkala demi memastikan objektif yang dirancang tercapai dengan jayanya.

Program Jalinan Keluarga Nadi Lembah Pantai 2022 1

Program Jalinan Keluarga Nadi Lembah Pantai 2022 2

Program Jalinan Keluarga Nadi Lembah Pantai 2022 3

Program Jalinan Keluarga Nadi Lembah Pantai 2022 4

Program Jalinan Keluarga Nadi Lembah Pantai 2022 5