Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bangi (4 Oktober 2022) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan sekali lagi berjaya menghimpunkan pakar-pakar untuk membincangkan pengurusan harta pusaka di Malaysia bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.

Proses pengurusan harta pusaka biasanya mengambil masa yang agak panjang berpunca daripada sikap masyarakat yang kurang memahami prosedur agensi-agensi yang terlibat, sikap bertangguh serta persepsi masyarakat sendiri terhadap pengurusan harta pusaka.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentang antaranya:

“Pembentangan Harta Pusaka Kecil: Pengalaman Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan”. Oleh: Tuan Baharuddin bin Aziz, Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)

“Peranan JKSM Dalam Pengurusan Harta Pusaka”: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Oleh: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar. Ketua Pengarah Jabatan/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

“Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka: Pengalaman Amanah Raya Berhad”
Oleh: YBhg. Datin Nor Shafinaz J Nulawadin, Pengarah Operasi, Amanah Raya Berhad (ARB).

“Pengalaman MAIS Dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam di Negeri Selangor”. Oleh: Encik Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Persidangan Meja Bulat ini telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam). Ia dihadiri oleh agensi-agensi terlibat seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Majlis Agama Islam Negeri, Amanah Raya Berhad, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Mufti dan penyelidik dari IPTA. Turut sama hadir ke persidangan YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM bersama Pengarah-Pengarah Bahagian.

Antara resolusi persidangan yang dipersetujui ialah melaksanakan kajian lanjut berkaitan keperluan mewujudkan enakmen khusus berkaitan pengurusan pusaka dan hibah di bawah undang-undang Syariah, meneliti keperluan pindaan perlembagaan bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya menjadi pemutus untuk semua isu berkaitan harta pusaka orang Islam. Pendidikan kepada masyarakat dalam memahami prosedur pengurusan harta pusaka akan sentiasa dihebahkan secara berterusan dalam pelbagai medium dan kaedah seperti penyampaian khutbah Jumaat, seminar, kempen melalui media massa, media sosial dan lain-lain.

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 2

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 4

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 6

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 9

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 11

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 12

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 13

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 14

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 16

Persidangan Meja Bulat Harta Pusaka 19